Rabu, 26 April 2017

HIBAH

Salam pembaca sekalian,

Akhir-akhir ini banyak sekali iklan di radio mahupun media masa yang lain berkaitan hibah, Hibah Amanah lah, Takaful Hibah la, Hibah wasiat la, Hibah ASB dan macam-macam lagi produk yang keluar setelah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dipinda daripada BAFIA. kretif nya pihak institusi kewangan memunuclkan produk-produk yang boleh mendatangkan keuntungan namun terlupa landasan perundangan yang akan digunapakai sekiranya berlaku pertelingkahan.

Mari kita semak terlebih dahulu perbezaan maksud-maksud hibah dengan cara yang paling mudah. Mazhab Hanafi - hibah adalah memberikan suatu benda tanpa menjanjikan ganjaran.
Mazhab Maliki -  hibah adalah memberikan suatu barang milik sendiri tanpa mengharap suatu ganjaran kepada orang yang diberi.
Mazhab Syafie - hibah ialah memberikan barang milik sendiri secara sedar sewaktu hidup.

Secara mudah faham, hibah dapat dipenuhi dengan menyempurnakan 4 rukun utama dalam hibah iaitu 1.Pemberi Hibah 2.Penerima Hibah 3.Barang yang dihibahkan 4.Sighah (ijab dan Qabul).

Beberapa fakta asas yang perlu diketahui berkaitan hibah, iaitu:
1. seseroang boleh menghibahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki semasa masih hidup.
2. hibah hanya boleh dilakukan untuk hartanah yang telah bebas daripada bebanan dan tidak tergadai kepada bank. (rujuk peguam anda)
3. hibah bersyarat atau hibah amanah adalah tidak sah dari segi mazhab syafie dan ianya tidak boleh dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah.
4. pemberi hibah hendaklah memfailkan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah untuk mengesahkan hibah tersebut.
Sebagai kesimpulan fakta ringkas ini, para pembaca perlu rujuk peguam-peguam yang berkelayakan bagi melaksanakan hibah dengan sempurna. Alangkah bahagianya harta yang kita kumpul selama penat hidup bekerja puluhan tahun dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar penyambung amalan baik kita setelah kita meninggal. Surah an Nisa: 8 dan Surah al Baqarah: 177 sebagai kasihnya pemberi hibah kepada penerimanya. 

1 ulasan:

  1. sekiranya saya menghibahkan rumah kepada isteri saya yang mana rumah tersebut belum selesai dibayar, adakah hibah itu sah.

    untuk makluman, sekiranya saya meninggal dunia, pembayaran rumah tersebut akan dilindungi oleh insuran dan isteri tidak perlu menyambung pembayaran rumah tersebut (Auto life).

    BalasPadam