Isnin, 24 Mac 2014

Pejabat Tetuan Fakhrurrazi Associates

Wisma Ar Razi yang juga merupakan pejabat rasmi bagi Firma Guaman Tetuan Fakhrurrazi & Associates. Terletak di Bandar Baru Nilai bertentangan dengan Masjid Putra Nilai Negeri Sembilan merupakan lokasi strategik bagi laluan ke selatan dan juga Sepang bagi menuju ke Lapangan Terbang KLIA. Berhampiran dengan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan, Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan dalam lingkungan emas Mahkamah Rendah Syariah Kajang Hulu Langat Selangor.
 
Dirasmikan pada awal bulan Februari 2014 merupakan pejabat guaman cawangan ke 3 selepas di Diamond Square Kuala Lumpur dan Sungai Ramal Dalam Kajang Selangor. Penubuhan cawangan ke-3 ini adalah bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan khidmat konsultasi guaman yang terbaik dari yang pakar di sebelah Selatan dan kawasan sekitar yang terdekat seperti di Bandar Sri Putra, Enstek, Kota Sri Emas, Banting, Sepang, KLIA dan Bandar Baru Salak Tinggi.
 Memilih tema kondusif, mesra dan efisyen adalah bagi menyantuni hati-hati pelanggan yang sediakala menghadapi masalah rumahtangga yang menyerabutkan pemikiran mereka dan merasa tenang sebaik sahaja melangkah kaki ke pejabat guaman bagi menceritakan perihal yang berlaku dalam hidup mereka. Disamping kakitangan firma yang mesra dan memudahcarakan sesuatu sudut pandang terhadap kes yang mereka hadapi atau disaman agar dugaan yang mereka hadapi dapat diatasi dengan rasa yakin pada Allah yang akan menyelesaikannya.
Firma guaman juga menggunakan teknologi terkini bagi menjelaskan perancangan perjalan sesuatu kes terutama kes-kes yang rumit kepada pihak pelanggan agar mereka meyakini dan memberikan kepercayaan sepenuhnya dalam pihak peguam menjayakan hasrat para pelanggan selari dengan tuntutan syariah dan efisiensi.
 Tempoh sesuatu kes didaftarkan dan diambil tindakan oleh pihak firma guaman adalah sesegera yang boleh agar merit kes yangdiuruskan oleh firma mencapai objektif dan mengikut tuntutan pelanggan secara professional. Susunan index pemfailan juga membuktikan firma guaman membuktikan kekemasan dan ketelitian dalam mengendalikan sesuatu kes agar mencapai kepuasan pelanggan semaksima mungkin.
 Ruang bacaan dan rujukan kitab-kitab terkini mencerminkan penghujahan berdasarkan sumber hukum syarie tidak dibuat dengan sambil lewa bahkan menunjukkan kesungguhan firma memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 Ruang perbincangan yang privasi dan etika guaman yang disanjung setinggi langit agar para pelanggan tidak merasa takut dan kecewa dengan kerahsiaan kes mereka.
 Para peguam yang berdedikasi dan firma guaman yang beramal di seluruh negeri-negeri di Malaysia menunjukkan kesungguhan membantu para pelanggan yang menghadapi masalah bukan sahaja berkaitan perkahwinan tetapi juga menyatukan usaha pelanggan yang telah berpindah dan bermastautin di tempat lain tetapi menggunakan khdimat guaman yang sama dan dipercayai tanpa perlu mengalihkan khidmat kepada peguam lain.

"Kami berkhidmat kerana ALLAH, khidmat professional kami persembah, bersama kami berusaha mengubah, usaha tawakkal kepada ALLAH, hanya DIA kami berserah..."

1 ulasan:

  1. Jadi peguam syarie memang hebat apabila ianya membantu umat bermasaalah dengan maksud keadilan yang hakiki, tapi yang nyata banyak yang lebih kepada upah yang lumayan dan kemanusiaan bukan lagi ukuran!

    BalasPadam